Assalammualaikum w.b.t..
Salam Khamis...
Membelek HMetro Online tetiba tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Intan Mas Ayu Shahimi pada 17.08.2017. Bila baca artikel nie baru la tahu kepentingan menjaga dan merias kuku...huhuu...nasib baik jugak la saya sendiri, walaupun tidak rias kuku tapi masih ambil berat jari tangan dan kaki..hihii..bukan nak puji tapi kenyataannya disitu...aisehhh..
Berikut adalah panduan yang sangat mudah untuk menjaga kuku;
1. Diet sihat dengan mengamalkan makanan berkhasiat spt timun, bawang putih, kekacang, bawang besar, telur, beras perang, asparagus, hati, ikan salmon, tuna, anggur dan epal.
2. Hindari tabiat mengigit kuku kerana merosakkan bentuk kuku, dan boleh menyebabkan jangkitan.
3. Jangan mencungkil objek keras menggunakan kuku terutama kuku yang panjang. Ini menyebabkan kuku bercalar, serpih dan patah.
4. Mengamalkan pengambilan Vitamin A, B, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku.
5. Memakai losyen pelembap setiap hari dan gunakan setiap kali selepas mencuci tangan.
6. Pengambilan kalsium dan zink dapat membantu pertumbuhan kuku dan menjadikannya lebih kuat dan sihat. Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia boleh merosakkan dan mengeringkan kuku.
7. Pilih peralatan seperti pengetip dan gunting yang tajam untuk mendapatkan bentuk kuku yang lebih kemas. Amalkan memotong kuku selepas mandi atau merendamnya seketika dalam air suam. Jangan koyak lebihan kuku kerana ia mungkin mencederakan anda!
8. Jadikan rutin merias kuku sekurang-kurangnya sebulan sekali iaitu memadai dengan membersihkan kutikel lembut yang menutupi bentuk kuku dan memperkemas bahagian tepi supaya indah dipandang.
Selain itu, perlu diketahui bahawa terdapat jenis kuku yang rosak seperti;
1. Kuku kekuningan ialah disebabkan jangkitan fungus. Dalam sesetengah kes, kuku kuning disebabkan masalah kesihatan serius seperti penyakit berkaitan kelenjar tiroid yang teruk atau psoriasis.
2. Kuku kebiruan menunjukkan tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Ia boleh berlaku disebabkan jangkitan paru-paru atau pneumonia. Rujuk doktor untuk lebih kepastian.
3. Kuku berkedut atau seakan berombak selalu dikaitkan dengan tanda awal psoriasis atau radang sendi.
4. Kuku retak atau merekah
berkait dengan masalah tiroid. Kombinasi kuku merekah dan kekuningan menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman.
5. Garis hitam bawah kuku mungkin disebabkan oleh melanoma iaitu sejenis kanser kulit berbahaya.
Sekian, selamat membaca dan jagalah kuku anda :)