Saturday 2 November 2013

10:56 am

Puasa...Puasa...Puasa Sunat...Bilakah harinya?...

Assalammualaikum...

Lama tk update blog...dek busy dengan study, kerja dan sukan ofis...jugak internet problem...
Just nak sharing mengenai PUASA yang diSunatkan, diHaramkan atau diMakruhkan...takut terlepas plak kn? 

HARI- HARI YANG DISUNATKAN BERPUASA
Ø  Puasa enam dalam bulan Syawal (seperti puasa selama setahun)
Ø  Puasa awal bulan Zulhijjah ( 1-8 Zulhijjah )
Ø  Puasa pada hari Arafah – 9 Zulhijjah (menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun2 kemudiannya
Ø  Puasa pada bulan Muharram (setiap sehari mendapat pahala 30 hari)
Ø  Puasa pada hari Tasu’a – 9 Muharram
Ø  Puasa pada hari Asyura – 10 Muharram [menghapuskan dosa setahun yang lalu & dikerjakan selama 2 hari –sebelum/selepas & lebih Afdhal 3 hari berturut2 (9 - 11 Muharram )]
Ø  Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa
Ø  Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 hb Sya’ban (Bulan diangkat amalan kepada Tuhan)
Ø  Puasa pada hari Isnin dan Khamis
Ø  Puasa 3 hari setiap pertengahan bulan Islam – 13, 14 & 15
Ø  Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat (Allah membina untuknya sebuah syurga & dicatat baginya bebas dari api neraka & jika diikuti dengan derma pada hari jumaat, diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa.

HARI- HARI YANG DIHARAMKAN BERPUASA
Ø  Puasa pada hari Syak – 30 Syaaban
Ø  Puasa pada 1 Syawal ( Hari Raya Aidilfitri )
Ø  Puasa pada 10 Zulhijjah ( Hari Raya Aidiladha )
Ø  Puasa pada hari-hari Tasyrik ( 11- 13 Zulhijjah )
Ø  Selepas 15 Syaaban ( kecuali bagi puasa Qadha dan Nazar )

HARI- HARI YANG DIMAKRUHKAN BERPUASA
Ø  Puasa  pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
Ø  Puasa pada hari Jumaat  sahaja (ditunggalkan)
Ø  Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
Ø  Puasa sepanjang tahun

About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers