Saturday 15 July 2017

11:50 am

Kenali Personaliti Melalui Dua Jari

Ketahui Personaliti Diri Anda Melalui Dua Jari Ini
Anda boleh mengetahui karakter atau watak seseorang itu hanya dengan melihat bentuk jari mereka. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuba lihat gambar di atas ini dan kemudian cuba pula lihat jari anda. Adakah anda jenis A, B ataupun C? Selepas itu baca karakteristik atau perwatakan diri anda mengikut bentuk jari di bawah ini.

Jenis A
-    Anda bukan jenis yang terbuka dan tidak mudah untuk berkongsi masalah atau perasaan anda dengan orang lain. Anda sentiasa mempamerkan diri anda sebagai seorang yang kuat dan berdikari.
-    Agak beremosi dalam sesuatu keadaan dan anda akan lebih rasa diri anda dihargai apabila anda mempunyai ikatan dengan seorang yang istimewa.
-    Anda benci kepada orang yang hipokrit, penipu, dan tidak jujur.
-    Anda tidak suka menunujukkan emosi anda yang sebenar walaupun dalam keadaan sedih dan lebih suka menonjol dalam keadaan tabah dan kuat.
-    Anda seorang yang besar kepala dan tiada toleransi.
-    Anda mempunyai hati yang baik dan suka menghulurkan bantuan. Anda akan menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan walaupun anda tidak menyukainya.
-    Anda lebih mudah terhibur walaupun dengan perkara kecil. Ekspresi anda mempamerkan segala yang berada di dalam fikiran anda.
-    Anda mungkin bersikap dingin dengan orang yang anda tidak rapat tetapi kawan dan keluarga adalah keutamaan buat diri anda.

Jenis B
-    Anda tidak suka menjadi orang yang pertama untuk mendekati seseorang atau melakukan tindakan.
-    Anda seorang yang setia dan jujur. Jika anda mula jatuh hati pada seseorang, anda akan memberi sepenuh perhatian dan sentiasa memikirkan keadaan orang yang disayangi.
-    Anda sebenarnya mempunyai jiwa yang sensitif walaupun nampak kasar. Ramai yang menyalah erti tentang diri anda apabila anda selalu berpura-pura tidak mengetahui tentang sesuatu perkara tetapi hakikatnya apa yang anda lakukan itu adalah untuk menjaga perasaan seseorang.
-    Sangat komited dalam kerja. Anda akan memberikan 100% fokus dan tumpuan demi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
-    Anda takut untuk dikecewakan. Anda mahu orang anggap anda tidak perlukan sesiapa tapi sebenarnya anda menginginkan teman hidup.
-    Anda akan sentiasa tenang walaupun berasa tidak selesa ataupun berada dalam keadaan tertekan

Jenis C
-    Anda mudah untuk melupakan perkara yang membuatkan anda sedih serta tidak menyimpan dendam
-    Anda tidak suka dengan perubahan atau keadaan baru. Bagi anda ianya menyusahkan.
-    Anda sangat menghormati pendapat orang lain.
-    Ada masanya anda seorang yang “bossy” kerana mempunyai ego yang tinggi  apabila berselisih pendapat dengan orang lain. Tetapi kemudiannya anda akan meminta maaf.
-   Anda tidak bersikap terbuka apabila berkongsi masalah dan perasaan, anda lebih suka memendam perasaan anda sendiri.
-    Anda seorang yang gemar berterus-terang dan anda tahu apa yang anda mahukan dalam hidup. Anda juga gemar kepada mereka yang boleh dipercayai dan diharapkan.

Fakta atau Auta...ia hanya sekadar suka-suka taw :)

About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers