Saturday 27 May 2017

2:22 pm

Resepi Kuih Lapis Viral

Assalammualaikum dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Hari pertama berpuasa, mereka yang malas mahu ke Bazar Ramadhan macam saya..apa kata kita cuba resepi kek lapis nie untuk hidangan berbuka puasa nanti...

RESEPI KUIH LAPIS YANG SANGAT MUDAH DAN SEDAP!!!!

 

 

 

Kuih tradisi ini paling mudah!!! Nak inovasi warna dan perisan pun blh!!! Try la.. Share cpt!! 

Bahan-bahan kuih lapis:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa sos

Cara buat kuih lapis:
📝Masukkan santan dalam periuk dan panaskan sebentar hingga suam-suam kuku. Tutup api.
📝Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
📝Masukkan santan dalam mangkuk. Gaul hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian. 
📝Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa sos.
Tuang 1/3 adunan tanpa warna ke dalam loyang berukuran 8 inc yang telah di sapi sedikit minyak ke dalam
kukusan. Kukus selama 5 minit dengan api kuat.
📝Lepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan merah. Kukus lagi.
Ulangi proses hingga dapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah.
📝Angkat dan sejukkan sebelum di potong.


#copypastedarifacebook


Monday 22 May 2017

8:43 am

Camping PMVSC dan Hiking Bukit Bongol, Kota Belud

As - Salam

 

Tarikh : 13-14 Mei 2017
Tempat : Polumpung Melangkap View Site Camp (PMVSC) & Hiking Bukit Bongol, Kg. Melangkap Kota Belud.

Aktiviti Bantingalz Hikers sebelum puasa ialah mendaki bukit sambil berkhemah dengan pemandangan cantik berlatarbelakngkan Gunung Kinabalu..

Hasil perbincangan akhirnya kami sepakat untuk memilih Kota Belud sebagai destinasi kami untuk kali ini. Apatah lagi, niat mahu berkhemah sambil BBQ memang sangat best.. ramai yang tidak sabar untuk sampai ke tempat nie, siap tempah baju team kaler merah lagi..


Hari Pertama (13hb Mei 2017)

Bertolak dari Politeknik Kota Kinabalu, Jalan Sulaman pada jam 10.10pg.. planning asal bertolak pada jam 9.00 pagi, tapi janji melayu punya pasal begitu laa..hahahaa

Perjalanan ke PMVSC Kg. Melangkap, Kota Belud terletak sejauh 64 km yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit melalui jalan Kota Belud-Ranau. Kalau singgah Pekan KB pula, jaraknya sejauh 86 km yang mengambil masa selama 2 jam 20 minit.

Sebelum ke sana, pastikan perut telah diisi dan dinasihatkan untuk membawa bekal makanan dari rumah kerana tidak ada makanan yang halal sepanjang perjalanan dari Tamparuli ke Kota Belud. Memandangkan rasa excited mahu cepat sampai, kami tidak singgah ke mana-mana kerana ianya kali pertama kami ke sana jadi teruja mahu tengok tempat berkhemah.


 

Sesampai di Camping site, bayaran masuk adalah seperti berikut;

1. Dewasa rm3 / sehari @ rm6 / bermalam
2. Kanak2 12 thn ke atas rm2 / sehari @ rm4 / bermalam
3. Khemah utk 2 org rm10 / sehari @ 4 org rm20 / sehari @ 6 org rm30/ sehari
4. Khemah utk memasak (jika hujan / panas) rm10 / sehari
5. Khemah memasak (atap zink / khemah) rm15 / sehari termasuk peralatan memasak
6. BBQ rm10
7. Unggun api rm20
8. Pelampung ada untuk disewa ikut masa dan saiz pelampung (tidak ingat...hehehe..)
9. Tandas dan tempat persalinan ada disediakan di camping site..so, jangan ingat kena "membuang" di hutan pulak..hehe

Nie antara aktiviti kami pada hari pertama ;

 


 

 

 

Gambar selebihnya boleh tengok di page FB Bantingalz Hikers...besttt!! X larat mahu download pastu paste di Smartphone...


Hari Kedua (14hb Mei 2017)

Seawal 5.30 pagi kami sudah bersiap untuk mendaki Bukit Bongol yang terletak sejauh 10 km dari camping site..kena naik kereta untuk ke sana. Jangan pulak mahu cuba2 jalan kaki ke sana..hehehe..belum mendaki confirm penat...


 

 

Hikers termuda dalam team kami berjaya mendaki 11 nukit jugak...yeahhhh!! Tahniah A-piz..salute :)

 

Pendakian sebanyak 12 bukit dengan track yang jauhnya 12.4 km mengambil masa selama 2 jam. First time mendaki track yang jauh jadi tidak meletakkan apa-apa harapan, janji sampai ke atas. Tapi dek kerana, bukit ke-12 track agak licin dan curam sikit serta tiada pokok-pokok atau tali untuk pegang, saya jadi gayat... Sepanjang mendaki, bukit hanya dipenuhi lalang-lalang setinggi paras bahu.. bila nampak laluan yang kecil tu dari atas, saya terus gayat...menghairankan bukan? hehehe.. Apa lagi, sepanjang perjalanan turun, saya tidak berani mahu toleh kiri dan kanan..

Tapi, bila mahu turun bukit, saya tiada masalah dan hanya ambik masa selama 1 jam 25 minit ..siap boleh berlari-lari anak lagi turun bukit tahu!! Uiseeehhh...

Nahhh nie la wajahwajah mereka yang sampai ke bukit ke-12... saya sangat jelesss.. Saya tidak mahu post gambar nie ke FB or IG..bertuah lah  mereka yang membaca blog saya nie..

 

Ok!! Balik dari hiking, aktiviti paling ditunggu-tunggu adalah terjun sungai yang cetek tapi arusnya deras.. sejuk pulak tue. Tapi sebab excited, terjun seja laaa labuu..hahhaaa... Macam-macam gelagat masa mandi sungai nie. Kepenatan hiking hilang begitu sahaja. Yeaaahhhh!!

 

Selesai mandi manda, kami terus bersiap untuk pulang ke destinasi masing-masing. Lagipun keesokkan harinya anak-anak akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, jadi kena balik awal supaya tidak rasa penat. Terutama sekali pemandu bertauliah yang sangat kepenatan mendaki 11 bukit tahu..tidur pun tidur-tidur ayam seja sebab rasab panas tidur dalam khemah dan hujan, takut air naik jadi 'bah'.. sebab kami pilih tempat yang betul-betul dekat dengan benteng sungai...hahahaa..padan muka kami..

Secara keseluruhannya, tahniah team hikerss yang super sporting..team PMVSC yang ramah mesra.. pengalaman yang sangat seronok sehingga lupa stress di pejabat.. Bila ada masa, saya sendiri pasti akan ke sana lagi untuk ber'camping bersama keluarga tersayang. Rasa tidak puas pulak ikut aktiviti kali nie.

Maaf la gambar tidak memuaskan.. belum expert lagi..hehehee..
Gambar lanjut boleh tengok di page FB 'Bantingalz Hikers' dan 'Polumpung Melangkap View Site Camp'..

Sekian sahaja untuk kali nie.. semoga anda mendapat sedikit sebanyak gambaran di PMVSC



Saturday 20 May 2017

8:31 pm

Roti Butter Golok

As-Salam


Roti ni sangat femes di Golok, malah hargamya pun murah... so kena letak blog, senang maw refer bila "kerajinan" menjelma..🤗🤗

ROTI BUTTER GOLOK VIRAL

Bahan

1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

Caranya

1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta  dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi (ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin atau butter cup dan tabur dgn gula halus...
Siap...

Copy paste FBmylovelykitchen
1:52 pm

Suka-suka bertukar hobi

As-Salam


Bermulanya tahun 2017 nie, dek kegilaan orang Sabah yang aktif hiking, so saya pun mulanya hanya saja-saja join kawan sepejabat untuk hilangkan bosan. Maklum la sejak dua menjak nie, tiada aktiviti luar dan asyik terperap di pejabat atau di rumah..

Akhirnya hiking menjadi satu hobi baru.. Terus-terang, saya antaran hikers yang paling lambat sampai ke atas..Pernah sekali give-up dan kali kedua jugak hampir give-up.. Allah seja yang tahu macamna maw sampai ke puncak bukit tu.. Tp bila mengenangkan ada hikers yang lebih berumur dari saya, saya tanamkan pada diri kena jugak sampai ke atas walaupun lambat.. Ambik kata pepatah, biar lambat asal selamat.. hehehe..

Bangtingalz Hikers adalah sempena nama team2 bahagian kitaorang punya team masa sukan jabatan, tidak kita samada pertandingan futsal or bola tampar or bola sepak sudah guna nama BANTINGALZ sejak 4 tahun yang lalu.. Tp penyertaan utk hiking tidak terhad malah terbuka kepada semua kakitangan JIM Sabah..

Panjang pulak membebel nie..yang nie senarai bukit2 yang telah dijelajah oleh team kitaorang sehingga kini... Cuma 2 bukit saja yang saya tidak dapat join atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..

1. Bukit Tirig, Kg Lapasan 

2. Bukit Botak, Uitm

3. Bukit Nulu Lapai, Jalan Sulaman

4. Bukit ... Menggatal

5. Bukit Perahu, Tamparuli

6. Bukit Tirig, Apin-apin Keningau

7. Bukit Bongol, KB

Nanti saya akan share story menarik untuk setiap bukit yang kitaorang hiking sehingga kini...

Stay tune🤗🤗




About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers