Tuesday 27 February 2018

10:58 am

Giveaway Top Commentator by Atiah Mulkan

Assalammualaikum dan salam selasa..

Selamat bekerja semua..saya baru nak mulakan kerja setelah bercuti semalam.. Jadi, mood nak kerja tue memang agak ke laut selatan sikit...aduiii...

Sementara itu, kita join la GA Top Commentor by Atiah Mulkan..support geng2 blogger..

Syarat penyertaan pun sangat mudah dan ringkas..boleh klik di SINI..


Good luck semua...wish me luck too..

- Sekian -

Tuesday 20 February 2018

9:02 am

HARD ROCK CAFE DEBUTS ROCK 'N BOWLS AS LATEST MENU INNOVATION

Assalammualaikum..

[ Maaf lambat update.. sis agak sibuk sikit dengan peperiksaan sebelum ini.. ]

Pada 10 Januari yang lalu, Hard Rock telah melancarkan hidangan sempena Tahun Baru dengan bahan yang segar dan lebih beraroma. Bermula 10 Januari yang lalu sehingga 13 Mac 2018, Hard Rock akan meluaskan menu legendanya dan dihidangkan dengan pelbagai Rock N Bowl yang baru, yang mana hidangan nasi biasa diangkat ke peringkat rock star.


Rock'n Bowls Hard Rock yang baru menyediakan tetamu yang mencari untuk mengembangkan palate mereka dengan pilihan lebih beraroma dan memuaskan hati. Senarai penuh Rock'n Bowls  antaranya;-

  Southwest Meatball Bowl 

Brown rice bowl cooked with a blend of Cajun and Southwest seasonings, topped with chicken meatballs, honey sriracha glaze, chili lime cream, grated feta cheese and crispy, seasoned tortilla straws. 


  BBQ Shrimp Noodle Bowl

Rice noodle bowl served with grilled shrimp in an Asian BBQ  sauce mixed with shredded cabbage, sesame soy glaze, sliced green onions, white sesame seeds, freshly squeezed lime juice and fried wontons.


  Chili Lime Chicken Bowl 

Brown rice bowl topped with grilled chili pepper lime chicken, Cajun seasoning, diced avocado, black beans, roasted corn, grated feta cheese, chili lime cream, chopped cilantro and nacho seasoned tortilla straws. 


Apa yang menarik mengenai Hard Rock nie, Darryl Mickler iaitu Pengarah Kanan Global R & D berkata, " Hard Rock is always looking to elevate the menu and stay up on latest culinary trends, which is where the inspiration for our Rock'n Bowl offering come from." "The three bowls incorporate unique ingredients packed with flavor to make Hard Rock's take on rice bowls unforgettable."


Personal review: keseluruhan menu Rock'n Bowls memang sis suka, memang lain dari yang lain. Rasanya lebih fresh dan flavor la orang bilang...hehe.. Sis paling suka meatball tu.. Sesapa yang mahukan kelainan, boleh la mencuba menu terbaru dari HRCKK SEBELUM 13 MAC 2018. Jangan terlewat..nanti menyesal tau!! :)


Tqvm pihak HRCKK yang telah menjemput dan melayan kami dengan layanan yang baik.. Tq Chef yang sudi bagi info mengenai menu dan minuman yang baru... Makanan memang sedap :)


Hard Rock Cafe Kota Kinabalu,
Unit G-26 & F-28, Oceanus Waterfront Mall,
Jalan Tun Fuad Stephens,
Kota Kinabalu, Sabah

Tel: +(6) 088-273952 / 953 / 954 / 956
Emel : info@hardrock-kk.com

- sekian -

Saturday 17 February 2018

3:18 pm

A SFRNFZL Giveaway

Assalammualaikum w.b.t 

GA by Rii dan syarat penyertaan sangat mudah..

Saya suka berblogging kerana saya dapat ramai kenalan dari seluruh Malaysia. Saya juga suka melihat blog2 kawan2 blogger yang sangat pelbagai dan menarik. Selain itu, banyak tips dan ilmu yang saya dapat semasa berblogging. 

Selanjutnya boleh klik di SINI..

Tarikh tutup penyertaan : 18 Mac 2018
Tarikh umum pemenang : 21 Mac 2018
Tarikh bagi maklumat untuk pos hadiah : 21 - 23 Mac 2018


Ba, jangan tunggu lain, jom ramai-ramai join GA nie sbb banyak gift yang sangat menarik tauu!! Kot la rezeki kita, kan?? InsyaAllah aminn...

- Sekian -

Monday 12 February 2018

9:25 am

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana #TAMAT#

Assalammualaikum dan Salam Isnin..

Hai semua...jom join GA Travel Totebag by Ana Suhana yang bermula pada 11 Februari hingga 28 Februari 2018.

Comel tau totebag tu!!! Saya tengok pun berkenan...harap2 la rezeki utk saya...aminnn...

Jangan tunggu lagi, mariii joinnn.. klik di SINI :)



All the best semua...wish me luck tooo...

- Sekian -

Monday 5 February 2018

11:31 am

SIS MENANG CONTEST BY KISAH EMAS PUTIH DAN POLICY STREET

Assalammualaikum dan salam isnin..

Psst... Cik Kisah Emas Putih dah keluarkan senarai pemenang contest..mulanya tak yakin menang, al-maklumlah bulan lalu banyak komitmen lain... Bak kata orang, rezeki tak salah alamat...hehe..

Anyway, tqvm Emas Putih dan Policy Street selaku penganjur contest...saya dah join contest RM3100 tu, hrp2 la sangkut lagi.. Aminn..

Tahniah semua pemenang... :) Boleh tgk SENARAI PESERTA di SINI ..

no.bertuah sis...no.71


Senarai peserta yang join contest..ramainyaaaa...
Sis no.71 tau!! :)

Nie la cik penganjur contest tu..tq emas putih dan policy street

- Sekian -

Friday 2 February 2018

8:19 pm

Contest RM3100 by Emas Putih x PolicyStreet

[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html
7:26 pm

Segmen: Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah#TAMAT#

Assalammualaikum dan salam jumaat...

Hiii Korang..jom join segmen nie...syaratnya sangat mudah dan semua yang join akan masuk dalam bloglist...

Pencarian Bloglist By Aqilah Shahirah... Tarikh tamat pada 15hb Februari 2018..



Ba, jangan tunggu lagi...

All the best semua...

- Sekian -

2:00 am

PART TIME STUDY DI UITM SABAH

Assalammualaikum..

Yang sebenarnya kan...selain jadi blogger, sis adalah student Part Time Study of Distance Learning Programme UiTM Sabah for Dip. Public Administration (DPA)..

Sis bekerja di sektor government jugak ya, sbb tu ambik Part Time Study..mungkin ada tertanya, umur nak 30++ dan masih ambik Diploma? Kenapa x ambik Ijazah? Reason nya adalah :-



Pertama, Sis x mahu tunggu 5 tahun bekerja utk ambik Ijazah..sis rasa bosan dan bersalah dgn Bapa sis yg nak sangat anak dia sambung study...(dulu family sis x mampu nak hantar sis belajar dgn adik beradik yg ramai, so sis berhenti study dan kerja dan akhirnya kahwin di usia yg muda...sis ada alasan sis sendri kenapa kahwin awal..umur 21 tahun tau...skrg dah 15 tahun berkahwin dan anak sulung dah 14 tahun..hehe..)

Kedua, semua orang tahu tahap pembelajaran di UiTM kan? Maksud sis ianya salah satu U di antara ranking tertinggi... Sis pun berhasrat utk naik pangkat jugak sebenarnya, sbb gred N nie susah nak naik pangkat sebab kekosongan ibarat PIRAMID.. Sis nak sangat apply sebagai Pegawai Beruniform di Jabatan sis kerja sekarang..sebab peluang utk dinaikkan pangkat mmg tinggi ibarat POKOK dan tiada istilah keciciran sampai la pencen... Siapa yang kerja dgn government mesti tahu keadaannya..

Ketiga, yuran pengajian sis hanya RM 9,000 jer tau...murah kan? Yuran setiap semester bergantung kepada jumlah subjek dan jam kredit yang diambil.. 1 jam kredit bersamaan dengan RM 90.. Sis bayar yuran guna KWSP sis..so, kurang la terbeban kan nak kumpul duit..hehe.. Sis sebenarnya sangat2 x sangka yg sis akan berjaya menghabiskan jugak study sis..sbb ada geng sis (4 orang) hanya tinggal sis sahaja :( Alhamdulillah...

Lastly, utk improve my english to be better than before..aiseymennnn speaking london pulak...kat UiTM semua subjek dan assignment in English tau kecuali subjek agama...so, agak2 korang sis nie terror english ke? OMG!! Nak ketawa pun ada, pengalaman masa study...aduiiinaaa..kesibukan tue la yg sis akan rindu sbb kelam kabut bikin assignment, lambat masuk kelas, silap masuk kelas orang, banyak sangat pengalaman sis.

situasi sebenar study dalam kereta..hehe..
dah abis paper ke3...alhamdulillah..
abis paper terakhir..jam 6.00 ptg..depan dewan exam UITM Sabah..

Selain tu, sis mahu anak2 sis mencontohi sis utk terus sambung study...motivate and encourage them.. Pas abis study nie, sis berhasrat nak sambung Ijazah utk 2 tahun lagi...hehehe...tp nak terus sambung x dapat sbb dah tutup arini dan result exam pulak keluar pada 15 Februari 2018. Tiada rezeki, so nak fokus ambik MUET dulu la..

Akhir sekali, doakan sis lulus dengan jayanya..berdebar menunggu result exam keluar tau!! Aminnnn..!!



 " UITM SENTIASA DI HATI "

Untuk info lanjut mengenai PJJ di UiTM, boleh tengok kat SINI

 - Sekian -

Thursday 1 February 2018

9:41 am

ANUAR ZAIN HILANG SUARA?

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Pagi nie masa driving, sis dengar berita mengenai Penyanyi Terkenal di Malaysia iaitu Anuar Zain yang telah lama menyepi di Radio HotFM..alahai terkejutnya sis, satu kehilangan yang besar kepada Malaysia jika beliau tidak pulih..

sumber gambar dr Mr.Google :)

Nak tahu tak, rupanya beliau telah kehilangan suara sehingga menyebabkan beliau trauma dan tertekan... Ianya telah berlaku sejak setahun yang lalu.. Tetapi kini vokal beliau telahpun pulih sepenuhnya dan boleh menyanyi dengan nada yang tinggi... Alhamdulillah.. Tahniah Anuar Zain !!

So, peminat setia Anuar Zain jangan la risau ya... He's alright and dully recovery.. !! :)

So, comeback nie beliau akan menjayakan konsert berskala besar bersama BCL dan Yuka Kharisma pada 24 April 2018. Best jugak kan kalau dapat bertuah ticket atau review secara PERCUMA.. hehehe..

Apapun, saya doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh-NYA dan all the best Anuar Zain :)

sumber gambar dr BH Online

Berita ini turut disahkan di Berita Harian


KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mampu menarik nafas lega apabila masalah kehilangan suara yang dihadapi sejak tahun lalu, pulih sepenuhnya.
Sehubungan itu, Anuar berharap peminat tidak perlu bimbang dengan keadaan kesihatannya lagi.
Malah, beliau sudah bersedia untuk kembali beraksi dan membawakan lagu bernada tinggi.
"Saya mengaku sebelum ini saya trauma untuk menyanyi dalam konsert besar. Ini berpunca masalah kehilangan suara sehingga saya menolak menjayakan tiga acara termasuk di Singapura.
"Selepas mendapatkan rawatan, suara saya sudah pulih sepenuhnya dan mampu membawa lagu mengikut kemampuan sendiri.
"Doktor pun tidak melarang saya menyanyi dengan nada tinggi," katanya pada sidang media Konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di ibu negara, petang tadi.
Konsert anjuran Kharisma Entertainment itu akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 24 April depan.
Ini adalah konsert berskala besar Anuar untuk tahun baharu dan beliau menjanjikan beberapa konsert lain bakal menyusul.
Masalah kehilangan vokal penyanyi lagu Andainya Takdir berlaku ketika Anuar sedang membuat persiapan untuk Konsert Yonder Music Live Series By The Lake : Anuar Zain & You yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari, tahun lalu.
Situasi itu membuatkan adik kepada penyanyi Ziana Zain ini dikatakan mengalami tekanan teruk.

About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers