Thursday 19 May 2016

9:23 am

FUDGY BROWNIES

Trending terkini pencuci mulut brownies ...


Memandangkan trending terkini, so, saya ada cuba untuk bikin..malangnya ianya tidak menjadi...sobb..sobbb..sobbb...
Namun, ia tidak mematahkan semangat saya dan saya akan keep trying cari resepi2 yang best dan gedebommm...Dek lama tidak baking, tangan pun makin keras...hahahaha...
Fudgy Brownies ini yang ditunjukkan oleh Siti Zahrah oleh terbitan Hmetro.. http://www.hmetro.com.my/node/138656
BAHANNYA:

- 90 gram mentega
- 130 gram gula kastor
- 2 biji telur
- 200 gram coklat kompaun
- 90 gram tepung gandum
- 40 gram serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanila
- Hiasan hirisan badam atau kacang walnut

CARANYA :

1. Mentega, coklat kompaun, koko disatukan dan dicairkan secara double boil

2. Satukan gula, telur, esen vanila dan kacau sebati

3. Masukkan bahan yang sudah dicairkan dalam adunan coklat tadi dan kacau sebati

4. Tepung dan serbuk penaik disatukan dan masukkan adunan coklat 

5. Tuang dalam loyang saiz tujuh atau lapan inci

6. Taburkan hiasan kacang badam di atasnya

7. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 - 25 minit bergantung kepada ketuhar



SELAMAT MENCUBA... !!

Tuesday 17 May 2016

10:27 am

Persiapan Program Family Day A.A 2016


Family Day A.A. 2016

A.A tue adalah sempena nama atok husband iaitu Ag. Amit..
so, ianya adalah hari keluarga sebelah husband termasuk macik2 dan pacik2 dan cousin2nya...
ia akan diadakan pada 30hb - 31hb Mei 2016 (Kaamatan Day bagi negeri Sabah)


So, untuk memastikan semua berjalan dengan lancar dan semua perlu ada tugas masing-masing, oleh itu berikut adalah Perlantikan AJK Family Day A.A 2016 :

Penaung : Hj Salleh Ag. Amit (Bapa Mentua)
Ketua Program : Abd Mutalip Hj Salleh
Setiausaha : Siti Nurfauzani Idrus (itu saya...)
Bendahari : Herinah Nasip 
AJK Penginapan : Nurhayati Hj Salleh
AJK Makanan : Dg. Salmah Ag. Amit, Aminah Ag. Amit & Noraini Ponong
AJK BBQ : Sulastri Hassan (Husband), Salim Hj Ag Amit & Sabarudin
AJK Teknikal : Herimah Nasip & Jalil
AJK Sukan : Heryzuan Nasip, Mohd Hisham, Suzianna, Siti Amirhah
AJK Logistik : Ibrahim Hj Salleh, Shahril Jalil & Izwan Salim
Emcee : Hj Yusdi Hj Nasip


Memandangkan saya sudah terbiasa dengan tugas SETIAUSAHA nie, so, saya tiada masalah untuk mengatur program nie bersama yang lain-lain...

Hasil perbincangan, akhirnya AJK memilih Raintree Beach & Resort, Tuaran, Sabah...

hi...peace...nie la nama tempat Family Day tersebut

Pemandangan dari Lobi Raintree Beach & Resort 
Ok...anak kecik disuru jadi model tapi panas katanya...

Sesi booking tempat...sebab hari yang dicadangkan adalah Public Holiday...
Masi merunding lagi....hahahaa...

Nie kolam ikan di lobi...sejuk mata memandang kan.. ?

Chalet...bilik penginapan kitaorang...

Harga bilik di resort nie...sila tengok sendiri yer..


Balkoni Chalet...

Family Room ada 3 katil ...

Depan chalet, ada pool...waaahhh best la anakku pi berendam....


Jenggg...iklan pulak...hahahahaha...
Apapun, semoga rancangan ini dipermudahkan oleh-Nya...Chaiyokk...

Thursday 12 May 2016

12:09 pm

UPDATE: KEPUTUSAN APO MSTAR


Keputusan Anugerah Pilihan Online MSTAR yang berlangsung pada 30hb April 2016 (sabtu) yang telah berlalu...
Dek masalah internet dan komputer, membantutkan keja update blog ku...




Walaupun adik saya si Emas Putih tidak menang Anugerah pada hari tersebut, tetapi sekurang-kurangnya dia tercalon dalam Top 5 pun sudah cukup membanggakan. Tahniah sista !!




Pesanan Akak mu nie... 
""  Jadikan ia sebagai pengalaman yang indah dalam dunia blogger mu.. "" deep gitu..


Tapi, apa yang kedua best pulak, kakak kesayangan ku a.k.a DCT menang dua Anugerah taw...congratzzz !! u owaz superb !!



Apapun, congratulation both of u... !!


Thursday 28 April 2016

9:06 am

FREE SKIN CARE CLASS MARY KAY

by FabulousCity


PERCUMA... !! PERCUMA... !!
KELAS PENJAGAAN WAJAH MARY KAY (SKIN CARE CLASS) SECARA PERCUMA.. !!


Jomm ramai2 datang.... Jommm.... jommm... !!

                              Tarikh     :    30.04.2016 (Sabtu)
                             
                              Masa      :   10.00 pg 
                              
                             Tempat   :   Galeri Mary Kay,
                                                  Tgkt 5, Blok L, 
                                                  KK Times Square
                                                  Kota Kinabalu Sabah
                                                  (sebelah Imago Mall)


Aktiviti menarik :

*Spa tangan dn bibir, analisa masalah kulit anda dn cara penjagaan wajah, solekan asas dn paling best ada BEAUTY CONSULTANT secara PERCUMA jugak..!!*


Selain itu, anda juga mendapat keistimewaan seperti :

  • ..bawa kawan 3 org rakan bersama, dapat free gift.. !!
  • ..limited seat... !!
  • ..lepas SCC bole shopping di Imago.. !!
  • ..tidak perlu risau kerana tiada paksaan untuk beli MK Produk.. !!
  • ..kepuasan anda adalah keutamaan kami.. !!



Tapi paling best, advertisement banner made by me...special for my sista...support my sista...!!


Tuesday 26 April 2016

5:38 pm

Penat Blogging

Sedihnya...

Kesian pun ada...

Suka mengarang tapi tidak reti nak cantikkan blog...

Macam maw keluar biji mata asyik menghadap komputer...

Ada sesapa yang sudi tolong...?? hahahaha....


nie dah tahap kritikal dah nie...wakakaa..sila jangan muntah...
5:36 pm

ANUGERAH APO MSTAR



Syukur Alhamdulillah.. arini hari ke26 utk mengundi Datuk Siti Nurhaliza untuk Anugerah Pilihan Online (APO) MStar dalam 3 kategori iaitu 

1) PENYANYI WANITA TERHEBAT
2) WANITA ANGGUN DNARS PILIHAN
3) IKON FESYEN ONLINE PILIHAN





Bukan itu sahaja, adik saya EMAS PUTIH juga tercalon dalam Anugerah yang sama iaitu 
1) BLOG PILIHAN ONLINE..


Jom undi DCT dan adik saya jugak. 


Anda bole membuat undian sebanyak 3 kali menggunakan akaun Google, Facebook dan Twitter...
Saya suda undi... anda bila lg..?? kita sama2 nantikan semoga DCT dn adik saya menang...


Cepatttt...undian berakhir pada esok hari!! esok hari!!! Undian berakhir pada 27.04.2016 jam 11.59pm!!

Kepada yang sudah mengundi, jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, sekali lagi terima kasih daun keladi...

#VOTEDCT #VOTEEMASPUTIH

Monday 25 April 2016

10:08 am

TIPS MASUK RUMAH BARU


RUMAHKU SYURGA KU

PERKARA PERTAMA : 

*Dapat kunci rumah dan periksa dulu setiap kecacatan dan kerosakan yang ada dalam rumah seperti cat rosak, dinding retak, tiles lompong, atap bocor dsbg. 
*Pemaju biasanya akan beri tempoh selama 24 bulan untuk pembeli buat aduan segala kerosakan dan kekurangan dalam rumah. Pemaju tidak akan bertanggungjawab ke atas major renovation. 

Peralatan yang diperlukan semasa membuat pemeriksaan rumah:

1. Masking Tape (jika ada retak atau rosak, terus lekat dan tanda) 
2. Marker Pen (sebaiknya warna Merah supaya tulisan nampak jelas) 
3. Kertas A4 atau Borang Aduan Kerosakan daripada pemaju (senaraikan kerosakan dan defect dengan nombor dan lokasi) 
4. Kamera / Telefon Berkamera (ambil gambar setiap kecacatan rumah) 


**TIPS SEMASA MASUK RUMAH** 

1. BERI SALAM 
- Baca Bismillah dan Salam semasa masuk rumah 

2. AZAN
- Pergi ke tingkat atas sekali, berdiri menghadap kiblat dan azan kuat-kuat dan bagi satu rumah dengar 

3. PINTU
- buka dan tutup pintu berkali-kali. -periksa sekali tombol pintu dan kuncinya sekali 

4. TILES LOMPONG
- Sila ketuk semua tiles rumah satu-persatu (ketuk dengan duit syiling atau pemutar skru) -tandakan tiles yang kosong 

5. ELEKTRIK 
- untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu-persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya. -pastikan setiap punca elektrik dan soket. 

6. METER AIR 
- pastikan pili air di rumah anda mengalir dengan sempurna -buka semua pili air serentak. Periksa saluran air, mangkuk tandas, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat. -periksa kepala paip, kepala shower dan sambungan betul, tidak tercabut atau longgar 

7. TINGKAP DAN SLIDING DOOR 
- buka tutup tingkap semaksimum mungkin dan pastikan tingkap boleh dikunci. -pastikan sliding door dapat dikunci rapat 

8. TANGGA 
- goyang-goyangan pemegang tangga rumah untuk pastikan ia kukuh (tidak longgar dan bergoyang-goyang) 

9. BILIK AIR TINGKAT ATAS BOCOR 
- ambil binding tape dan seal sepenuhnya lubang aliran keluar -penuhkan air dengan air dan biarkan seminggu. Jika selepas seminggu, tidak ada kesan air bocor di bahagian siling tingkat bawah rumah, maka tidak perlu lapor pada pemaju 

10. DINDING RETAK 
- periksa sekeliling rumah dan kenal pasti jika ada dinding yang retak 

11. KUNCI SEMUA 
- sebelum keluar, pastikan semua air dan elektrik dipadamkan. Kunci semua tingkap dan pintu mengelakkan pencuri masuk dalam rumah.

Tadaaaa...simple seja kan...tengok la muka mr.husband yang excited buka pintu rumah...
"setiap rumah itu rezeki dan semoga rezeki kami sekeluarga semakin luas dan dirahmati oleh-Nya.." InsyaAllah Aminnn...

HSE NO.35
PEMANDANGAN DARI BILIK UTAMA

About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers