Tuesday 26 April 2016

5:38 pm

Penat Blogging

Sedihnya...

Kesian pun ada...

Suka mengarang tapi tidak reti nak cantikkan blog...

Macam maw keluar biji mata asyik menghadap komputer...

Ada sesapa yang sudi tolong...?? hahahaha....


nie dah tahap kritikal dah nie...wakakaa..sila jangan muntah...
5:36 pm

ANUGERAH APO MSTAR



Syukur Alhamdulillah.. arini hari ke26 utk mengundi Datuk Siti Nurhaliza untuk Anugerah Pilihan Online (APO) MStar dalam 3 kategori iaitu 

1) PENYANYI WANITA TERHEBAT
2) WANITA ANGGUN DNARS PILIHAN
3) IKON FESYEN ONLINE PILIHAN





Bukan itu sahaja, adik saya EMAS PUTIH juga tercalon dalam Anugerah yang sama iaitu 
1) BLOG PILIHAN ONLINE..


Jom undi DCT dan adik saya jugak. 


Anda bole membuat undian sebanyak 3 kali menggunakan akaun Google, Facebook dan Twitter...
Saya suda undi... anda bila lg..?? kita sama2 nantikan semoga DCT dn adik saya menang...


Cepatttt...undian berakhir pada esok hari!! esok hari!!! Undian berakhir pada 27.04.2016 jam 11.59pm!!

Kepada yang sudah mengundi, jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya, sekali lagi terima kasih daun keladi...

#VOTEDCT #VOTEEMASPUTIH

Monday 25 April 2016

10:08 am

TIPS MASUK RUMAH BARU


RUMAHKU SYURGA KU

PERKARA PERTAMA : 

*Dapat kunci rumah dan periksa dulu setiap kecacatan dan kerosakan yang ada dalam rumah seperti cat rosak, dinding retak, tiles lompong, atap bocor dsbg. 
*Pemaju biasanya akan beri tempoh selama 24 bulan untuk pembeli buat aduan segala kerosakan dan kekurangan dalam rumah. Pemaju tidak akan bertanggungjawab ke atas major renovation. 

Peralatan yang diperlukan semasa membuat pemeriksaan rumah:

1. Masking Tape (jika ada retak atau rosak, terus lekat dan tanda) 
2. Marker Pen (sebaiknya warna Merah supaya tulisan nampak jelas) 
3. Kertas A4 atau Borang Aduan Kerosakan daripada pemaju (senaraikan kerosakan dan defect dengan nombor dan lokasi) 
4. Kamera / Telefon Berkamera (ambil gambar setiap kecacatan rumah) 


**TIPS SEMASA MASUK RUMAH** 

1. BERI SALAM 
- Baca Bismillah dan Salam semasa masuk rumah 

2. AZAN
- Pergi ke tingkat atas sekali, berdiri menghadap kiblat dan azan kuat-kuat dan bagi satu rumah dengar 

3. PINTU
- buka dan tutup pintu berkali-kali. -periksa sekali tombol pintu dan kuncinya sekali 

4. TILES LOMPONG
- Sila ketuk semua tiles rumah satu-persatu (ketuk dengan duit syiling atau pemutar skru) -tandakan tiles yang kosong 

5. ELEKTRIK 
- untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu-persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya. -pastikan setiap punca elektrik dan soket. 

6. METER AIR 
- pastikan pili air di rumah anda mengalir dengan sempurna -buka semua pili air serentak. Periksa saluran air, mangkuk tandas, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat. -periksa kepala paip, kepala shower dan sambungan betul, tidak tercabut atau longgar 

7. TINGKAP DAN SLIDING DOOR 
- buka tutup tingkap semaksimum mungkin dan pastikan tingkap boleh dikunci. -pastikan sliding door dapat dikunci rapat 

8. TANGGA 
- goyang-goyangan pemegang tangga rumah untuk pastikan ia kukuh (tidak longgar dan bergoyang-goyang) 

9. BILIK AIR TINGKAT ATAS BOCOR 
- ambil binding tape dan seal sepenuhnya lubang aliran keluar -penuhkan air dengan air dan biarkan seminggu. Jika selepas seminggu, tidak ada kesan air bocor di bahagian siling tingkat bawah rumah, maka tidak perlu lapor pada pemaju 

10. DINDING RETAK 
- periksa sekeliling rumah dan kenal pasti jika ada dinding yang retak 

11. KUNCI SEMUA 
- sebelum keluar, pastikan semua air dan elektrik dipadamkan. Kunci semua tingkap dan pintu mengelakkan pencuri masuk dalam rumah.

Tadaaaa...simple seja kan...tengok la muka mr.husband yang excited buka pintu rumah...
"setiap rumah itu rezeki dan semoga rezeki kami sekeluarga semakin luas dan dirahmati oleh-Nya.." InsyaAllah Aminnn...

HSE NO.35
PEMANDANGAN DARI BILIK UTAMA

Wednesday 18 March 2015

6:23 pm

Giveaway by Kisah Emas Putih

About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers