Assalammualaikum w.b.t
Pagi nie nak share tentang Tips Langsai Cepat Hutang Rumah dari FB Live Ieza Yusuf...
Ilmu ni sangat berguna terutama yang menggunakan loan bank untuk membeli rumah. Macam saya yang guna loan government untuk beli rumah memang tak der la jawabnya nak langsai hutang rumah cepatt..hohohoo...
1. Pastikan jenis pembiayaan rumah yang kita pilih itu betul. Ada 3 jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh bank iaitu TERM (dielakkan), Semi Flexi dan Full Flexi. Pemilihan pembiayaan yang betul akan bantu kita menyelesaikan hutang rumah dengan cepat.
2. Pastikan effective rate (interest) bank rendah. Kita sangat digalakkan untuk memohon dengan 3 buah bank untuk dapatkan interest bank yang terbaik. Even beza interest sebanyak 0.2% jugak sangat besar iaitu anggaran dalam RM21,000 (jika pembiayaan loan rumah RM500,000)
3. Pastikan caj interest mengikut daily rate dan jangan monthly rate.
4. Pastikan tempoh pembiayaan paling panjang untuk jaga DSR. Maksimum loan rumah adalah sehingga 35 tahun.
5. Bayar secara mingguan. Jika sebelum ini pembiayaan secara bulanan, tukar secara mingguan. Contohnya, bayaran bulanan rm2,500 dibahagi kepada 4 iaitu RM500 seminggu.
6. Keluarkan akaun 2 KWSP setiap tahun untuk bayar loan hartanah. Anggaran dalam 9-10 tahun dah habis bayar hutang rumah.
7. Topup bayaran ansuran pembiayaan perumahan setiap bulanan. Contohnya tambahan bayaran RM200 sebulan.
8. Guna separuh bonus untuk bayar ansuran bulanan.
9. redraw facility - advance payment yang kita telah bayar setiap bulan / tahun, dan extra payment tersebut boleh dikeluarkan balik jika nak pakai duit. Anggaran dalam RM100,000.
Hurrrmmm..bagus tak tips yang cikgu ieza kongsikan? So, sesapa nak loan rumah dengan bank ataupun masih lagi tengah bayar loan rumah, boleh praktikkan tips ini. Yang paling penting, kena disiplinkan diri dan jika tidak ada extra, kena cari side income la..aset kena ada awak, sampai bila kena menyimpan.