Unknown
12:17 pm
KK OHH KK..BANJIR KILAT DI KK...
Assalammualaikum w.b.t
14 OGOS 2017 (Isnin) di Kota Kinabalu, Sabah telah berlaku hujan lebat dan seterusnya banjir kilat diluar jangkaan. Memang sejak dua menjak nie hujan lebat pada sebelah petang tetapi apa yang berlaku semalam memang tidak sangka..naik sungai naik mendadak dan menbanjiri kawasan KK. Hujan lebat kemarin juga sangat deras dan lain daripada biasa..Allahua'alam..(perasaan atau memang fakta)..
Pengalaman pertama saya tengok sekolah anak (SK Rampayan, Menggatal) dilanda banjir sampai paras lutut juga sangat mendebarkan, ia juga jadi pengalaman pertama kali meredah jalan raya yang dinaiki air untuk masuk ke sekolah tue. Takut-takut la kereta tersangkut dan enjin mati. Women driver nie faham-faham ajer la ya.. Dalam hati, Allah sahaja yang tahu...
Bila sampai di sekolah anak, kebanyakan murid sudah balik ke rumah masing-masing kerana kebanyakannya berasal di Kg Rampayan. Bagi kami yang bukan berasal dari sana, info sekolah kena banjir lambat sampai, mungkin sebab cikgu sibuk alihkan barang-barang sekolah..huhuu..yang penting anak selamat kan..
Sepanjang jalan balik ke rumah, kereta orang Kg. Rampayan terpaksa 'parking' di jalan raya besar kerana kebanyakan rumah dinaiki air (ada anak sungai di kawasan tersebut).. Nasib baik la sepanjang balik ke rumah, jalan belum dinaiki air kerana kebiasaannya jalan memang akan banjir dan hanya satu laluan sahaja kereta boleh lalu.
Rakan sepejabat, adik-adik yang tinggal kawasan Putatan / Penampang pun 'update' kawasan rumah mereka yang dilanda banjir.. Syukur Alhamdulillah, air surut jugak subuh tadi..lega rasanya..cuma harap-harap la petang nie tidak hujan lebat macam semalam, takut banjir lagi...
Ya Allah, semoga semua kawan2 dan famili semua dilindungi oleh-Nya dan tiada rumah yang dilanda banjir...Aminnn...
Sebanyak 5 buah sekolah sekitar Kota Kinabalu yang dilanda banjir ialah SK Darau (seperti dalam gambar), SK Rampayan (sekolah anak), SK Gudon, SK Kitubo dan SMK Tun Fuad Stephen. Sekolah sekitar Penampang, SK Sugud, dan sekitar Tuaran, SK Laputong, SK Rungus dan SJKC Chung Hwa Tenghilan.
Sumber Hmetro Online
SERAMAI 22 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Darau di Kota Kinabalu terkandas lebih tiga jam selepas kawasan sekolah mereka dilanda banjir kilat, petang tadi.
Mereka hanya dapat pulang kira-kira 9 malam tadi.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, semua murid terbabit tidak dapat keluar dari kawasan sekolah selepas sesi persekolahan tamat 5.30 petang.
"Bantuan makanan diberikan oleh kantin sekolah dan ada guru bersama mereka.
"Semua murid dibawa ke tingkat satu bangunan sekolah sementara menunggu banjir surut.
"Pada 9 malam, mereka diambil oleh ibu bapa masing-masing," katanya ketika dihubungi.
Maimunah berkata, sembilan sekolah di Sabah dilanda banjir setakat 9 malam tadi iaitu lima di Kota Kinabalu, tiga di Tuaran dan satu di Penampang.
Sementara itu, Guru Besar SK Darau, Abdul Saipuddin berkata, murid yang terkandas ialah murid tahun satu hingga tiga.
Sedih pulak tengok murid yang terkandas dalam banjir, mudah2an bencana alam seperti ini tidak meragut nyawa dan semoga kita semua dilindungi oleh-Nya.
Aminnn...