Wednesday, 21 March 2018

Penginapan Menarik dan Exclusive Hanya di Mega Hotel Miri


Penginapan Menarik dan Exclusive Hanya DI Mega Hotel Miri | Assalammualaikum dan Hai semuaa !! Minggu nie merupakan cuti sekolah, so biasanya parent akan ambil kesempatan untuk bercuti dengan keluarga. Mungkin juga anda tengah tercari-cari tempat percutian dan penginapan yang menarik. Apa kata kali ini korang bercuti ke Miri, Sarawak pula. Sebenarnya sis dah selalu balik ke Miri dan kebetulan ayah sis memang berasal dari sini. Next entry sis akan story asal-usul sis pulak yer... !!


Di Sarawak, Miri merupakan bandar kedua terbesar yang juga membawa gelaran “Bandaraya Peranginan”. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya dengan sumber asli, terutamanya dalam sumber petroleum. Bandar Miri mempunyai atmosfera dan suasana yang cukup damai dan kasual, dipenuhi dengan pelbagai jenis pusat komersial moden namun pada masa yang sama turut mengekalkan nilai dan barangan tradisional setempat. Bandaraya Miri dijangka menjadi sebuah kota yang bergemerlapan sehingga menjajar ke kota-kota lain di pesisir pantai barat utara Borneo.

Selain itu juga, Miri turut digelar sebagai Gerbang Utara / Pintu Masuk Utara ke Sarawak dan menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di negeri ini. Miri yang mempunyai banyak aset-aset semulajadinya telah mengagumkan ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang datang berkunjung. Hal ini kerana , Miri dikelilingi oleh empat buah taman negara bertaraf antarabangsa yang diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO seperti Gunung Mulu, Gua Niah, Bukit Lambir dan Loagan Bunut.

Bagi mereka yang merancang dan bercadang untuk melancong di Miri Sarawak untuk menikmati keindahan alam semulajadinya atau atas urusan perniagaan, Mega Hotel Miri adalah penginapan terbaik buat anda selepas aktiviti seharian dilakukan. Mega Hotel Miri terletak secara strategik di pusat perniagaan, hiburan dan membeli belah di Bandaraya Miri. Lokasi Hotel ke Lapangan Terbang Miri hanya mengambil masa dalam lima belas minit sahaja. Hotel ini mempunyai 293 bilik tetamu yang menawarkan 8 jenis dekorasi bilik daripada Standard, Superior,  Family Room, Deluxe, Suite Junior, Suite Eksekutif, Suite Pangsapuri dan Suite Presiden mengikut kadar kemampuan masing-masing. Memandangkan kesemua bilik tetamu ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti akses internet, TV LCD skrin rata Multi-Saluran, Peti sejuk mini, pengering rambut dan lain-lain, sis dah tak perlu risau nak curi2 masa update blog sis masa kat sana nanti.





Sis nak cerita lagi pasal Mega Hotel Miri nie.. yang mana hotel ni juga menyediakan tempat yang ideal untuk lunch date (business) ataupun family gathering iaitu Restoran Cina Lotus Court yang terletak di tingkat 4. Di restoran ni, korang boleh menikmati masakan Cina yang sedap dengan gabungan rasa tempatan dalam persekitaran yang indah. Lotus Court boleh menampung sehingga 250 orang dan mempunyai dua bilik makan peribadi. Selain itu, Hotel ini juga menyediakan restoran Chatterbox Coffeehouse yang dibuka seawal jam 5pagi sehingga 12 tengah malam yang mampu menampung seramai 170 orang pada satu masa. Sis pula salah seorang penggemar manisan seperti kek dan roti, kadang-kadang anak-anak sis cepat lapar so, korang boleh je pergi ke The Bakery yang terletak di luar Chatterbox Coffeehouse. The Bakery di buka pada setiap hari dari jam 4 petang hingga 9.30 malam yang mempunyai pelbagai jenis pastri dan harganya berpatutan. Pendek kata, korang tak perlu risau nak cari tempat makan yang halal yang jauh dari hotel.. semuanya ada di sini !!




Bagi lelaki-lelaki maskulin diluar sana yang mementingkan dan menjaga bentuk tubuh badan mereka, anda juga tidak perlu risau kerana hotel ini turut menyediakan kemudahan gim yang dibuka pada setiap hari. Peralatan terkini dalam suasana yang selesa akan membolehkan anda mengekalkan matlamat kecergasan anda, walaupun semasa anda berada di gim biasa anda. Selain itu, antara kemudahan yang paling menarik sudah semestinyalah kolam renang kan? Disinilah tempat untuk anda menenangkan fikiran sambil berehat setelah seharian penat bekerja / berjalan. Kolam renang ini dibuka pada jam 9pagi sehingga jam 7malam. Lantaran itu, disini juga turut menyediakan pusat kesihatan SPA bagi golongan wanita mahupun lelaki. Pusat kesihatan ini menyediakan urutan badan yang menenangkan dan perkhidmatan refleksologi kaki. Kemudahan sauna adalah tersedia untuk memberikan keselesaan maksimum antara minda dan badan. Wow!! sangat menarik kan ?! Dah nak rehat dan bercuti, gunakanlah masa yang ada dengan semaksima yang mungkin, massage tu penting tau !! Kita sebagai wanita kena jaga dalaman dan luaran, terutama bagi sis yang superbusy mommy nie memang sis perlukan massage untuk regangkan urat-urat yang tegang.. sis anggap ini salah satu reward untuk diri sis. Suami sis pun dah alert benda nie so, senang la sikit...


Di samping itu, Mega Hotel Miri turut menyediakan tempahan untuk jamuan serta tempat mesyuarat & acara untuk para tetamunya. Untuk jamuan, mereka menyediakan bilik tarian dengan hiasan yang menarik dan candelier kristal menyajikan suasana yang elegan untuk jamuan sehingga 750 orang dengan ruang pra-fungsi yang mencukupi. Kemudahan terkini yang ditambah ke dewan adalah empat panel skrin LED. Bagi tempahan bilik mesyuarat & seminar, kemudahan persidangan Mega Hotel mempunyai salah satu ballroom terbesar (no view) di bandar dengan kapasiti maksimum 1200 orang di tempat duduk ala-ala teater. Mega 1, 2, 3 dan 4 adalah tempat yang sesuai untuk mesyuarat atau seminar untuk small group dengan kapasiti antara 50-100 orang. Kemudahan mesyuarat dan persidangan termasuklah sistem PA dengan mikrofon dan rostrum, satu unit papan putih dan carta flip. Semuanya dah lengkap !!




Opppsss.. tidak dilupakan juga kepada mereka yang suka berhibur dan bersantai nak hilangkan stress kerja ke.. Mega Hotel Miri menampilkan Skycity Karaoke Lounge iaitu tempat yang sempurna untuk bersantai dan croon lagu-lagu kegemaran anda sambil menikmati pelbagai minuman. Tapi kalau korang nak privasi pula, kot la korang takut suara korang tak sumbeng (sumbang) ker (macam sis), korang boleh je pilih salah satu dari sembilan bilik persendiriannya.



Untuk mendapatkan harga hotel dengan lebih murah, bolehlah book Mega Hotel Miri online di Traveloka. Atau boleh download  Jangan tunggu lagi !! Buatlah tempahan sekarang dan selamat bercuti !! :)

24 comments:

  1. cantiknye hotel nie.. tak pernah sampai sarawak lagi.. insyaAllah one day.. :)

    ReplyDelete
  2. macammm best gempak lah hotell ni.. kalau g miri boleh stay sini nnti :D

    ReplyDelete
  3. jenjalan sambil follow sini #141 :D

    ReplyDelete
  4. Hotel ni mmg strategic, centre miri. Yg penting tpt mkn surrounding nya. Sapa2 blum dtg miri, jemput lah 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..betul kan...tempatnya memang strategic..hiihhii

      Delete
  5. Tak pernah sampai bumi Sarawak lagi. Insya Allah suatu hari nanti. Hotel yang dicadangkan ni memang betul-betul strategik, dan lengkap dengan kemudahan untuk pelanggannya. Bolehlah book nanti bila sampai Miri nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah2an kin naz ada rezeki datang ke bumi Sarawak tau...aminnn..

      Delete
  6. lawa gilaaa

    hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  7. Ma shaa Allah cantiknya hotel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan Auni..rugi tak pegi sini..hehe :)

      Delete
  8. singgah sini.. wow cantikkk sungguh hotel ni...

    ReplyDelete
  9. wahhh nampak eksklusif sangat!

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum siti..

    nak tanya,awak dah dapat hadiah drpd contest uzu yang http://www.kisahemasputih.com/2018/01/senarai-pemenang-contest-copy-paste-je.html ?

    sebb saya pun menang tpi tak dapat2 lagi hadiahnya..

    reply kat blog saya tau .tq :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Miri memang cantik..last pergi 2015..tempat yang Sha paling suka..Marina!..cantiknya pemandangan tepi laut kat situ..hihi
    anyway datang jalan2 singgah sambil follow sini..1st rasanya jenguk blog kiut miut ni ^_^
    salam ukhuwah

    ReplyDelete
  12. bestnya ! mark dulu. mane tahu dpt pergi miri, boleh stay sini.

    ReplyDelete
  13. Wow, pakej lengkap - sesuai utk buat seminar, mtg, dll. Mahal tak kalau stay situ?

    ReplyDelete
  14. Seronoknya...tak pernah sampai lagi sarawak hopefully 1 day pasti sampai sini

    ReplyDelete
  15. belum pernah sampai Miri insyallah soon. pernah skali saja ke Sarawak ^^

    ReplyDelete
  16. Wahhhh hotel ni mmg strategic kt town centre, surrounding by tpt2 makan. Dtg jgn tak dtg ke Miri 😁😁😁😁

    ReplyDelete

Thank you for visiting me !!

About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers