Friday, 2 February 2018

PART TIME STUDY DI UITM SABAH

Assalammualaikum..

Yang sebenarnya kan...selain jadi blogger, sis adalah student Part Time Study of Distance Learning Programme UiTM Sabah for Dip. Public Administration (DPA)..

Sis bekerja di sektor government jugak ya, sbb tu ambik Part Time Study..mungkin ada tertanya, umur nak 30++ dan masih ambik Diploma? Kenapa x ambik Ijazah? Reason nya adalah :-



Pertama, Sis x mahu tunggu 5 tahun bekerja utk ambik Ijazah..sis rasa bosan dan bersalah dgn Bapa sis yg nak sangat anak dia sambung study...(dulu family sis x mampu nak hantar sis belajar dgn adik beradik yg ramai, so sis berhenti study dan kerja dan akhirnya kahwin di usia yg muda...sis ada alasan sis sendri kenapa kahwin awal..umur 21 tahun tau...skrg dah 15 tahun berkahwin dan anak sulung dah 14 tahun..hehe..)

Kedua, semua orang tahu tahap pembelajaran di UiTM kan? Maksud sis ianya salah satu U di antara ranking tertinggi... Sis pun berhasrat utk naik pangkat jugak sebenarnya, sbb gred N nie susah nak naik pangkat sebab kekosongan ibarat PIRAMID.. Sis nak sangat apply sebagai Pegawai Beruniform di Jabatan sis kerja sekarang..sebab peluang utk dinaikkan pangkat mmg tinggi ibarat POKOK dan tiada istilah keciciran sampai la pencen... Siapa yang kerja dgn government mesti tahu keadaannya..

Ketiga, yuran pengajian sis hanya RM 9,000 jer tau...murah kan? Yuran setiap semester bergantung kepada jumlah subjek dan jam kredit yang diambil.. 1 jam kredit bersamaan dengan RM 90.. Sis bayar yuran guna KWSP sis..so, kurang la terbeban kan nak kumpul duit..hehe.. Sis sebenarnya sangat2 x sangka yg sis akan berjaya menghabiskan jugak study sis..sbb ada geng sis (4 orang) hanya tinggal sis sahaja :( Alhamdulillah...

Lastly, utk improve my english to be better than before..aiseymennnn speaking london pulak...kat UiTM semua subjek dan assignment in English tau kecuali subjek agama...so, agak2 korang sis nie terror english ke? OMG!! Nak ketawa pun ada, pengalaman masa study...aduiiinaaa..kesibukan tue la yg sis akan rindu sbb kelam kabut bikin assignment, lambat masuk kelas, silap masuk kelas orang, banyak sangat pengalaman sis.

situasi sebenar study dalam kereta..hehe..
dah abis paper ke3...alhamdulillah..
abis paper terakhir..jam 6.00 ptg..depan dewan exam UITM Sabah..

Selain tu, sis mahu anak2 sis mencontohi sis utk terus sambung study...motivate and encourage them.. Pas abis study nie, sis berhasrat nak sambung Ijazah utk 2 tahun lagi...hehehe...tp nak terus sambung x dapat sbb dah tutup arini dan result exam pulak keluar pada 15 Februari 2018. Tiada rezeki, so nak fokus ambik MUET dulu la..

Akhir sekali, doakan sis lulus dengan jayanya..berdebar menunggu result exam keluar tau!! Aminnnn..!!



 " UITM SENTIASA DI HATI "

Untuk info lanjut mengenai PJJ di UiTM, boleh tengok kat SINI

 - Sekian -

11 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan sis didunia dan di akhirat !

    ReplyDelete
  2. kagum dgn ketabahan puan yg belajar secara PJJ. Sedangkan abam kie yg dah ada ijazah TESL ni pun malas nak sambung Master's Degree.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq abam kie..hehe..sbb dulu xda peluang nak belajar...kwn2 kebanyakan berjaya dgn kerjaya masing2..so, saya pun kena berusaha kalau nak capai impian kan?..hehehe..

      Delete
  3. tak kisahlah peringkat umur berapa tapi kalau ada usaha & azam yang tinggi insya-allah dipermudahkan urusan belajar. Good luck sis :D

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya dalam akademik..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hi boleh bagi email you tak sebab saya pun amik epjj diploma dpa.. Ni gmail saya syazwanyw@gmail.com saya nak tanya pendapat

    ReplyDelete
  7. hi. saya pun mau minta pendapat sis, this is my email nurzatulain@yahoo.com, boleh tolong email kah? thank youuu

    ReplyDelete

Thank you for visiting me !!

About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers