Thursday, 1 February 2018

ANUAR ZAIN HILANG SUARA?

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Pagi nie masa driving, sis dengar berita mengenai Penyanyi Terkenal di Malaysia iaitu Anuar Zain yang telah lama menyepi di Radio HotFM..alahai terkejutnya sis, satu kehilangan yang besar kepada Malaysia jika beliau tidak pulih..

sumber gambar dr Mr.Google :)

Nak tahu tak, rupanya beliau telah kehilangan suara sehingga menyebabkan beliau trauma dan tertekan... Ianya telah berlaku sejak setahun yang lalu.. Tetapi kini vokal beliau telahpun pulih sepenuhnya dan boleh menyanyi dengan nada yang tinggi... Alhamdulillah.. Tahniah Anuar Zain !!

So, peminat setia Anuar Zain jangan la risau ya... He's alright and dully recovery.. !! :)

So, comeback nie beliau akan menjayakan konsert berskala besar bersama BCL dan Yuka Kharisma pada 24 April 2018. Best jugak kan kalau dapat bertuah ticket atau review secara PERCUMA.. hehehe..

Apapun, saya doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh-NYA dan all the best Anuar Zain :)

sumber gambar dr BH Online

Berita ini turut disahkan di Berita Harian


KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mampu menarik nafas lega apabila masalah kehilangan suara yang dihadapi sejak tahun lalu, pulih sepenuhnya.
Sehubungan itu, Anuar berharap peminat tidak perlu bimbang dengan keadaan kesihatannya lagi.
Malah, beliau sudah bersedia untuk kembali beraksi dan membawakan lagu bernada tinggi.
"Saya mengaku sebelum ini saya trauma untuk menyanyi dalam konsert besar. Ini berpunca masalah kehilangan suara sehingga saya menolak menjayakan tiga acara termasuk di Singapura.
"Selepas mendapatkan rawatan, suara saya sudah pulih sepenuhnya dan mampu membawa lagu mengikut kemampuan sendiri.
"Doktor pun tidak melarang saya menyanyi dengan nada tinggi," katanya pada sidang media Konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di ibu negara, petang tadi.
Konsert anjuran Kharisma Entertainment itu akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 24 April depan.
Ini adalah konsert berskala besar Anuar untuk tahun baharu dan beliau menjanjikan beberapa konsert lain bakal menyusul.
Masalah kehilangan vokal penyanyi lagu Andainya Takdir berlaku ketika Anuar sedang membuat persiapan untuk Konsert Yonder Music Live Series By The Lake : Anuar Zain & You yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari, tahun lalu.
Situasi itu membuatkan adik kepada penyanyi Ziana Zain ini dikatakan mengalami tekanan teruk.

3 comments:

  1. tu la ada dengar jugak dekat radio tapi tadi dengar dia nyanyi lagu jangan marah - ernie zakri. Sedapnya suara dia. Tak sangka pulak ernie tu anak saudara dia. No ownder lah power macam dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..tu la kesian pulak dia..patut la lama dia menyepi...saya pun baru tahu ernee tu ank sedara dia...guru vokal rupanya..mantap jugak vokal dia kan..

      Delete
  2. semoga beliau sentiasa sihat dan dilindungiNya

    ReplyDelete

Thank you for visiting me !!

About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers