Thursday, 19 October 2017

Info TERKINI cuaca di SABAH

Assalammualaikum dan salam khamis..

Sejak dua menjak nie angin kuat dan banyak pokok yang tumbang...sebelum ni saya tidak alert dengan cuaca tapi bila nampak angin kencang dan hujan lebat memang menakutkan...

Semoga kita semua dilindungi oleh NYA...

sumber: Hmetro online

Ini disebabkan amaran cuaca buruk (peringkat kuning) yang telah dikeluarkan pada 16hb Oktober 2017 oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

Menurut JMM, hujan lebat dijangka berlaku di Bahagian Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Beluran), WP Labuan, dan Sarawak (Limbang) dari 17 hingga 19 Oktober 2017.

Sumber daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pasukan tersebut menerima sebanyak 147 panggilan berikutan angin kencang dan hujan lebat. 

Ini termasuk 100 kes pokok tumbang di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Ranau, Beaufort, Kuala Penyu dan beberapa daerah lain. Namun setakat ini, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan..



--------------------------------------------------------- INFO TERKINI ---------------------------------------

Maklumat Gempa Bumi pada 01.00 pagi, 19 Oktober 2017 (Khamis)

        Maklumat Gempa Bumi
        Satu gempa bumi sederhana telah berlaku dengan parameter seperti berikut:

        Waktu                       :        12.44 pagi @ 19.10.2017
        Kejadian Koordinat    :        5.6 Selatan 147.3 Timur
        Lokasi                      :        Timur Rantau New Guinea, P.N.G 127km Timur Laut Lae, P.N.G                                                      3386km Tenggara Semporna, Sabah
        Magnitud                  :        5.3 skala Richter

        Penilaian
        Tiada ancaman tsunami.
        Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi                   tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

#Sumber daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan Hmetro

Pesanan penaja, ambil langkah keselamatan dan berjaga-jaga serta awasi anak-anak anda. Berhati-hai di jalanraya.

- Sekian -

5 comments:

  1. moga semua ok ok saje ye di sana.
    moga tiada la kehilangan nyawa ke, harta ke.
    skang ni musim x menentu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah semuanya selamat... tq awak :)

      Delete
  2. terima kasih...insyaAllah semua selamat...

    ReplyDelete
  3. Hujan sejuk sikit, tapi kalau lebat n tak berhenti, bahaya

    ReplyDelete
  4. Hope semua dalam keadaan selamat. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete

Thank you for visiting me !!

About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers