KAU YANG SATU !!??
KAU YANG SATU
As-Salam..!!
Filem drama romantik KAU YANG SATU adalah lakonan mantap Aaron Aziz dan Izara Aisyah sebagai Hero / Heroin dan Hisyam Hamid dan Soo Winci sebagai pembantu pelakon. Filem ini arahan sepenuhnya Osman Ali selama 135 minit bersamaan 2 jam 25 minit.
Filem drama romantik KAU YANG SATU adalah lakonan mantap Aaron Aziz dan Izara Aisyah sebagai Hero / Heroin dan Hisyam Hamid dan Soo Winci sebagai pembantu pelakon. Filem ini arahan sepenuhnya Osman Ali selama 135 minit bersamaan 2 jam 25 minit.
Synopsis filem ini ialah ;
Bot milik peribadi Datuk Mustaza telah karam dipukul ombal sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Sulaiman dan ingin menjodohkan anakynya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. Taufik pada mulanya tidak bersetuju dengan cadangan papanya kerana telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair. Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung, Namun segala impian mereka tidak tercapai kerana terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terkut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?
Jenggg!! Saya dah tengok cerita nie pada jumaat lalu (03.08.2017) di GSC 1Borneo, sorang-sorang je sebab en.suami tidak begitu minat dengan cerita atau filem yang romantik. Biasa la lelaki. Saya tergerak hati nak tengok, sebab paling utama saya sangat suka lakonan AARON AZIZ dan IZARA AISYAH selepas tengok preview filem di FB pada hari sebelumnya. (mula la gatal hati nak tahu kesudahannya..hehehe)
Bila tengok cerita nie, sedikit bosan sebab cara lakonan Aaron Aziz tidak banyak beza dengan lakonannya dalam filem-filem atau drama romantik. Tapi, tetap tidak bosan sepenuhnya kerana terselit aksi komedi.
Lakonan Izara pula, saya suka dan meresap dalam jiwa seorang wanita dan isteri. Law tak meresap ke dalam jiwa, tidak la tengok sampai nangis-nangis taw. Hehehehe...nasib baik la kiri kanan tak der orang duduk. Sebab apa saya menangis?? Tue yang anda kena tengok sendiri baru la tahu!!
Tidak boleh komen lebih-lebih nanti tidak best!! Cepatt cepattt..anda kena pegi tengok sendiri di panggung wayang, baru la real.
Keseluruhannya, saya bagi 4.8 bintang untuk filem nie!! Tahniah dan Bravo!! Kita sebagai rakyat Malaysia pun kena juga support filem tempatan kannn..aisehhh..
Peace!! As-Salam!
Peace!! As-Salam!
No comments:
Post a Comment
Thank you for visiting me !!