Saturday 27 May 2017

Resepi Kuih Lapis Viral

Assalammualaikum dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Hari pertama berpuasa, mereka yang malas mahu ke Bazar Ramadhan macam saya..apa kata kita cuba resepi kek lapis nie untuk hidangan berbuka puasa nanti...

RESEPI KUIH LAPIS YANG SANGAT MUDAH DAN SEDAP!!!!

 

 

 

Kuih tradisi ini paling mudah!!! Nak inovasi warna dan perisan pun blh!!! Try la.. Share cpt!! 

Bahan-bahan kuih lapis:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan perisa sos

Cara buat kuih lapis:
📝Masukkan santan dalam periuk dan panaskan sebentar hingga suam-suam kuku. Tutup api.
📝Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
📝Masukkan santan dalam mangkuk. Gaul hingga tidak berbintil.
Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian. 
📝Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa sos.
Tuang 1/3 adunan tanpa warna ke dalam loyang berukuran 8 inc yang telah di sapi sedikit minyak ke dalam
kukusan. Kukus selama 5 minit dengan api kuat.
📝Lepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan merah. Kukus lagi.
Ulangi proses hingga dapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah.
📝Angkat dan sejukkan sebelum di potong.


#copypastedarifacebook


No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting me !!

About Me

Call me SITI. I'm mixed blood of Sarawakian & Sabahan & Brunei. I'm a wife & mom of 3 kiddos. Gov. servant since 2007. Diploma Holder of D.Public Administration. E-Pjj Student of Bach. of Science Administration UITM KK. Independent Beauty Consultant of Mary Kay since Dec. 2016. I love travel and food lover (love to try new foods). Blogger since 2010 but recently actives. Consultation MK for FREE / Review food @ product @ place (except skincares) / Ads / Collaboration :- aztieysha.sni@gmail.com

MyLovely Followers